SELURUH BLOG KESIHATAN

get this

Saya siarkan iklan Nuffnang.

Friday, April 8, 2011

Elakkan penyakit dengan mengemas rumah!





Rumah anda adalah taman anda, tempat istirehat, tempat untuk tidur, dan tempat anda tinggal. Rumah haruslah selalu dikemas dan pastikan rumah anda bersih serta jadikan rumah anda ibarat sahabat baik kepada anda. Untuk itu anda pastikan rumah anda tidak berdebu dan pada peringkat yang sangat rendah. Kebersihan adalah diutamakan kerana ianya menyumbang faktor yang besar terhadap kesihatan. Contohnya jika anda kurang membasuh muka dan kerap memegang benda di sekeliling anda, selepas itu tangan kurang dicuci, muka kelihatan berjerawat, kotor, berminyak, nampak terlalu ketara pada wajah sahaja, ini bermakna kebersihan di tahap itu.


Jika ingin melihat kebersihan seseorang lihatlah di wajahnya, dan jika itu sahabat anda lihatlahpada rumahnya. Kebersihan adalah salah satu asas untuk menghalang penyakit. Selebihnya bergantung pada makanan dan rutin harian. Jika keadaan sekeliling kotor, contohnya keadaan luar rumah berdebu, asap kenderaan, pencemaran udara, bau yang kurang menyenangkan, ini akan mengakibatkan kesihatan anda terjejas. Puncanya apabila udara yang kotor  tadi kena pada kulit anda, bau yang busuk tadi memeningkan anda dan asap mempunyai bahan kimia, ini akan menyumbangkan pada kerosakan kulit.


Keadaan sekeliling juga memberi pengaruh besar, radiasi nuklear boleh membunuh, itu yang terjadi di negara Jepun apabila mereka dilanda tsunami. Asap kilang yang beracun, yang apabila tidak ditapis atau pencemaran melalui air, air kotor atau bahan kimia yang memudaratkan dari kilang membuatkan pengguna dari sungai atau kawasan tersebut boleh mendapat penyakit. Apabila hujan asap tadi telah bertukar menjadi hujan asid, ini menyebabkan penyakit kulit yang serius dan membimbangkan.


Di Brazil seorang remaja menghidapi suatu penyakit dimana apabila ia menangis kelopak matanya akan pedih dan berasid, ini kerana 4 tahun lepas suatu kemalangan yang melibatkan lori yang membawa bahan radioaktif dengan lori yang membawa petrol, berlanggar manakala remaja terbabit berada jalan yang bertentangan dengan kejadian tersebut, dan basnya meneruskan rutin perjalanan seperti biasa, menghantar pelajar pulang dari sekolah.


Namun beberapa bulan selepas kejadian tersebut, implikasi terhadap bahan radioaktif itu mula terjadi dan kesannya mula dirasai, kulit dan beberapa penyakit lain yang terpaksa menanggung derita. Pengajarannya ialah cuba elakkan dari sesuatu yang berbahaya dan ambil tindakan sebelum terlewat, sesuatu yang tidak disangka mungkin berlaku namun adalah baik jika boleh mencegahnya.

No comments:

Post a Comment

taip komen dan idea anda, ingat tinggalkan url blog anda, senang nak view your blog/ web, thanks, terima kasih!