Laptop.
Ramai yang gunakan laptop untuk chatting atau membuat program duit serta kerja-kerja lain. Apakah kesan yang terhadap kesihatan dan sejauh manakah bahayanya. Saya fikirkan jika anda memegang mouse di cybercafe yang pengunjungnya ramai dan anda orang yang seterusnya, ya anda mendapat jangkitan kerana kuman pada mouse. Kuman tersebut tidaklah begitu bahaya selepas anda mencuci tangan. Lebih risiko jika anda menggunakan phone touch screen dengan menggunakan tangan ini kerana kuman memang banyak dimana ia berjangkit dari permukaan screen tersebut, ya anda akan dijangkiti.
Internet.
Lihat screen berjam lamanya, apa yang anda rasa? Seronok melihat movie atau membaca artikel? Biasanya kesihatan tidak terjejas namun bergantung kepada caranya. Jika anda selalu lihat screen dengan kerap dan menggunakan internet lebih dari 16 jam sehari, anda mungkin akan membeli cermin mata anda yang pertama untuk anda.
Teknologi.
Teknologi banyak membantu kehidupan manusia setiap hari, contoh Internet memberi kita maklumat, informasi, membuat duit dari Internet, membeli online dan menjadikan diri anda bijak dengan membuka minda. Camera contohnya memberikan kita kepuasan di mana kita boleh menyimpan gambar dan kenangan serta memori yang indah. Keburukannya bergantung dengan cara ia digunakan, jika anda suka dengar muzik dan anda menggunakan "earphone", atau dipasang di dalam kereta serta dipasang bunyinya dengan amat kuat dan bergema. Kesan terhadap bunyi tadi menyebabkan telinga anda bakal hilang fungsi deria pendengaran. Cukuplah dengan mendengar muzik secara betul iaitu tidak memasang dengan terlampau kuat dan menghasilkan bunyi bising hingga orang di luar kenderaan boleh mendengar.
Televisyen/LCD/Plasma.
Praktikkan melihat tv dari jarak yang sesuai dan elakkan dari menonton dari jarak dekat. Ia akan memberi kesan kepada mata anda apabila terlalu dekat disebabkan gelombang dan gambar yang terlalu terang di dalam bilik yang gelap. Jika ianya mengambil masa 2-4 jam tidak mengapa, tetapi jika kita melihat dalam keadaan yang gelap selama lebih 10 jam hari-hari ia agak menjejaskan mata anda. Jaga keadaan kesihatan pancaindera anda kerana ianya akan digunakan mungkin lebih dari 60 tahun- 100++.
CARA ANDA MENJALANI AKTIVITI SEHARIAN MEMPENGARUHI KESIHATAN ANDA.
No comments:
Post a Comment
taip komen dan idea anda, ingat tinggalkan url blog anda, senang nak view your blog/ web, thanks, terima kasih!