Untuk yang tersayang. Jagalah kesihatan anda, untuk sihat dan merasa lebih baik daripada sebarang penyakit yang berisiko tinggi. Kanser adalah penyakit berbahaya di dunia. Ia adalah antara senarai 10 penyakit yang membawa maut. Mencegah adalah berkesan dalam menangani masalah kanser. Contohnya seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri juga berupaya menghidap penyakit kanser.
Wanita adalah golongan yang berisiko menghidap kanser payudara berbanding lelaki. Itu tidak bermakna ia tidak boleh mendatangkan kanser payudara kepada lelaki, tetapi amat jarang dan hanya 1/2% sahaja dari berjuta orang dan itu adalah kemungkinan. Bagi pesakit lelaki implikasinya adalah lebih teruk. Wanita pula ramai yang menghidapi kanser payudara dan mencatatkan kematian yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Faktor-faktornya adalah seperti memakai pakaian dalam terlalu lama dan jarang tukar sehingga seharian memakai pakaian. Minyak wangi/ deodorant juga boleh mendatangkan kesan tetapi kadar peratus adalah rendah. Juga punca lain seperti kurang mandi, tidak menjaga kebersihan diri dan jarang ambil berat tentang kebersihan diri. Serta merokok di kalangan wanita juga berbahaya kepada kandungan dan berisiko mendapat penyakit kanser.
Mencegah dan rawatan.
Anda boleh mengenal pasti penyakit kanser ini dengan melihat sekitar payudara, jika tiada bonjolan atau sebarang ketulan sekitarnya, anda selamat dari penyakit ini. Jika didapati mempunyai bonjolan sekitar puting payudara anda mungkin menghidapi kanser, jika anada merasa sakit atau bisa di bahagian tersebut.Kebiasaan sukar untuk mengenal pasti penyakit ini, dengan cara ini adalah salah satu cara untuk mengesan kanser. Bagi pengesahan atau pencegahan, segeralah merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan. Lebih baik mencegah dari merawat.
No comments:
Post a Comment
taip komen dan idea anda, ingat tinggalkan url blog anda, senang nak view your blog/ web, thanks, terima kasih!