SELURUH BLOG KESIHATAN

get this

Saya siarkan iklan Nuffnang.

Saturday, February 26, 2011

Dari bangun pagi hingga tidur.



DARI 6 PAGI-9 MALAM.


Kebersihan adalah penting ya dari gigi ya, dilihat dari mata ya dan turunke hati ya, itu menjadi faktor kebersihan ya, eh~.  

Pagi-pagi anda akan bersihkan gigi dan ia juga dapat mengelakkan penyakit yang akan merebak ke bahagia mata dan teruk terjejas ialah buah pinggang.






Semasa bekerja anda akan gunakan otak untuk berfikir, dan ini dapat memberi anda ingatan kuat dan tajam. Untuk membuatkan anda tajam akal, ambil makanan seperti kismis dan banyakkan main permainan sudoku, teka silang kata dan matematik.






Belajar lebih dari 2 bahasa juga membantu anda dari nyanyuk apabila tua kelak, serta berkahwin mengelakkan anda nyanyuk berbanding yang tidak berkahwin.






Mendengar muzik juga dapat mengurangkan stress anda selepas bekerja, cuba dengar lagu semasa pulang dari kerja.






Ada juga berpendapat jangan terus pulang ke rumah, cuba anda rehat di restoran berjumpa rakan-rakan dan berbual sambil tertawa, ini dapat menceriakan anda di samping mengurangkan stress anda. Anda juga boleh berfikir tentang perkara yang dilakukan ketika bekerja hari ini. Cuba mengingat bahagian penting yang wajib diingat dan ini memudahkan proses mengingat.






Malam berlabuh, jika anda merasa bosan atau tekanan, carilah teman untuk keluar pergi ke tempat-tempat yang menarik. Pergilah restoran yang mempunyai pemandangan yang cantik dan berpatutan serta memberi anda keselesaan.

Tuesday, February 22, 2011

7 tips cinta sihat.



Untuk yang tersayang. Cinta itu nikmat.


1)Jujur adalah bahagian yang terpenting dalam cinta, jika anda tidak jujur dan menipu pasangan akhirnya rahsia anda akan terbongkar. Jadilah jujur sebagai sandaran dalam bercinta,


2)Baik adalah perbuatan. Jika mencuri adalah perkara jahat contohnya, dan yang baik adalah yang menjaga tingkah laku serta menolong orang. Bagi pasangan yang bercinta baik dilihat dari sudut menjaga hati dan menolong pasangan baik dari sudut pelajaran atau kewangan


3)Orang tua suka jika muda-mudi bersopan dalam menutur kata-kata dan bersopan dalam berpakaian. Jadi jika anda seorang bersopan, anda bakal diterima sebagai bakal menantu.


4)Sikap anda yang ambil berat akan membuatkan si dia tertawan hatinya kepada anda, sekurangnya menelefon si dia 2 kali dalam satu hari membuat dia merasa awak mengambil berat terhadapnya.


5)Wanita suka jika mendapat kejutan yang sihat. Anda cuba sentuh hatinya dengan memberikan dia hadiah. Hadiah dapat menggembirakan hatinya. Cuba beli sebarang hadiah untuk dirinya ketika berjumpa dengannya. Sesuatu hadiah yang lebih istimewa, pada hari jadi si dia akan membuat anda diingati dan dicintai seperti memberikan foto-foto anda dan si dia sepanjang berkenalan, jam tangan, cincin, ataupun melamar si dia.


6)Perempuan kebiasaannya sensitif kepada sesetengah perkara. Dengan mengucapkan kata-kata romantik dapat membuat si dia sayang pada anda.


7)Jika anda sudah berkahwin, bawalah si dia bercuti berdua dengan anda dan ceritakan padanya kenangan bersama dan luahkan isi hati anda. Suasana romantik dapat menambat hati si dia.

10 perkara untuk elak bertemu doktor.

Untuk yang tersayang.


1)Makan epal sehari dapat menjauhi doktor ini kerana epal baik untuk jantung.


2)Minum susu dapat menguatkan tulang serta petumbuhan badan, juga memberi vitamin.


3)Ambil madu 2 sudu sehari dapat memberi kita tenaga serta madu kaya dengan vitamin.


4)Makan sayur memberikan kulit anda cantik serta mempunyai vitamin E.


5)Bersenam akan membantu anda memecahkan lemak serta ia akan membantu otot-otot anda berfungsi dengan baik.


6)Kurangkan mengambil gula dan minum terlalu banyak minuman berkarbonat berlebihan kerana ia akan mendatangkan penyakit seperti kencing manis dan batu karang akan terjadi jika gula terkumpul dan membentuk batu karang. Kesannya yang ketara apabila anda membuang air kecil. Satu sudu cukup untuk secawan.


7)Makanlah buah-buahan berkhasiat seperti pisang, strawberi, buah zaitun dan anggur. Tindak balas terhadap tubuh badan adalah sangat baik kerana mempunyai vitamin yang tinggi dan memberikan anda tenaga.


8)Kurangkan memakan hati haiwan kerana anda akan jadi pelupa jika mengamalkan pemakanan ini semasa muda tetapi bagi yang mendapat penyakit kekurangan darah atau kanser darah dimana darah anda akan berkurangan apabila kanser itu "memakan" darah, untuk memberikan anda sihat mungkin hati adalah makanan yang dapat menambahkan darah kepada tubuh badan jika anda memakan hati. Jika anda mempunyai  penyakit kanser darah bertemulah doktor untuk mengubatinya.


9)Banyakkan baca buku, selain memberi manfaat anda dapat banyak ilmu. Belajar lebih dari 3 atau 4 bahasa adalah bagus untuk mebuatkan ingatan menjadi kuat walaupun umur meningkat ke 60-an. Berbanding yang hanya tahu 1 bahasa ingatan menjadi lemah  kerana kurang membaca buku dan pelajari ilmu.


10)Makan kismis, madu, dapat menguatkan ingatan dan ini terbukti berkesan. Bagi orang islam membaca al-quran dapat menguatkan ingatan serta memberi ilmu dan ada menceritakan kebaikan seperti buah tin, zaitun, kurma, dan banyak lagi tentang membentuk cara hidup yang sihat.


p/s: Walaupun anda ada 10 perkara yang dielak dari doktor tetapi anda harus berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda, serta memeriksa darah dari najis dadah atau bagi mereka yang hendak berkahwin. Sebarang pendapat dari anda bolehlah dikongsi bersama dengan memberi komen di bawah ini. Terima kasih.

Monday, February 21, 2011

Penjagaan rambut.





Untuk yang tersayang. Rambut yang cantik pasti akan buat suami terpikat apabila anda mula menjaga kecantikan diri. Jika anda ingin rambut anda cantik dan sihat cucilah rambut anda dengan air sejuk, disamping rasa air yang menyegarkan ia juga memberi lembapan yang secukupnya. Anda juga cuba gunakan shampo untuk menanagi masalah rambut gugur. Sunsilk dapat memperbaiki rambut danmemberi aroma yang wangi mengikut produk. 


Kurangkan bahan-bahan yang merosakkan rambut.


Rambut yang kerap diwarnakan dan bertukar warna serta terlampau kerap menggunkan syampo sehingga 2 minggu habis satu botol akan membuat rambut anda gugur dan rosak. Jika anda berada di rumah lepaskan ikatan rambut anda ini kerana jika asyik mengikat sehingga tidur rambut akan rosak dan gugur apabila banyak bergerak semasa tidur. Rambut yang cantik adalah hasil dari penjagaan yang rapi dan sentiasa menjaga kebersihan.

Saturday, February 5, 2011

Nasi dan Periuk Nasi.

Periuk nasi yang berisiko memberikan anda..




Nasi adalah makanan harian rakyat Malaysia dan seluruh negara yang menanam padi besar-besaran untuk dijual dan digunakan. Nasi boleh membawa penyakit kanser? Adakah nasi boleh membawa kanser perut? Jawapannya tidak. Nasi kebiasaannya di masukkan ke dalam periuk untuk dimasak, seterusnya dimakan setelah masak bercampur lauk yang menambah selera makan. Begitulah selama lebih 4-8 tahun periuk yang sama digunakan selagi ia masih elok dan cantik seperti baru dibeli, namun begitu ada sesuatu di sebalik periuk yang berkeadaan baik walaupun digunakan lebih 4-8 tahun ini.


Biasanya anda akan habiskan nasi dalam periuk sehingga ke akar umbi dan barulah dimasak yang baru untuk makan malam atau lain-lain, namun begitu periuk yang lebih 3-4 tahun ini berisiko memberikan anda kanser perut dan menjadi pembunuh senyap disebabkan besi yang anda kais itu termasuk sekali dalam nasi, iaitu bahagian kerak adalah yang paling bawah. Fikirkan kembali periuk yang dah lama digunakan akan mula meyebabkan besi terurai sikit demi sedikit secara sentuhan. Anda berisiko mendapat penyakit kerana banyak bahan yang tidak boleh dicernakan perut anda mula bertindak balas!


Tukarkan periuk anda sekurang-kurangnya selepas 2-4 tahun selepas digunakan, atau cuba beli periuk yang bertahan lama dan bagus  (tanya kepada jurujual barangan dapur). Kesihatan haruslah diutamakan kerana kanser bukanlah penyakit yang biasa ianya amatlah serius sehingga membawa kepada kematian.

Laptop+ Internet+Teknologi+TV=KESaN TERhAdAp KeSiHataN



Laptop.
Ramai yang gunakan laptop untuk chatting atau membuat program duit serta kerja-kerja lain. Apakah kesan yang terhadap kesihatan dan sejauh manakah bahayanya. Saya fikirkan jika anda memegang mouse di cybercafe yang pengunjungnya ramai dan anda orang yang seterusnya, ya anda mendapat jangkitan kerana kuman pada mouse. Kuman tersebut tidaklah begitu bahaya selepas anda mencuci tangan. Lebih risiko jika anda menggunakan phone touch screen dengan menggunakan tangan ini kerana kuman memang banyak dimana ia berjangkit dari permukaan screen tersebut, ya anda akan dijangkiti.


Internet.
Lihat screen berjam lamanya, apa yang anda rasa? Seronok melihat movie atau membaca artikel? Biasanya kesihatan tidak terjejas namun bergantung kepada caranya. Jika anda selalu lihat screen dengan kerap dan menggunakan internet lebih dari 16 jam sehari, anda mungkin akan membeli cermin mata anda yang pertama untuk anda.


Teknologi.
Teknologi banyak membantu kehidupan manusia setiap hari, contoh Internet memberi kita maklumat, informasi, membuat duit dari Internet, membeli online dan menjadikan diri anda bijak dengan membuka minda. Camera contohnya memberikan kita kepuasan di mana kita boleh menyimpan gambar dan kenangan serta memori yang indah. Keburukannya bergantung dengan cara ia digunakan, jika anda suka dengar muzik dan anda menggunakan "earphone", atau dipasang di dalam kereta serta dipasang bunyinya dengan amat kuat dan bergema. Kesan terhadap bunyi tadi menyebabkan telinga anda bakal hilang fungsi deria pendengaran. Cukuplah dengan mendengar muzik secara betul iaitu tidak memasang dengan terlampau kuat dan menghasilkan bunyi bising hingga orang di luar kenderaan boleh mendengar.  


Televisyen/LCD/Plasma.
Praktikkan melihat tv dari jarak yang sesuai dan elakkan dari menonton dari jarak dekat. Ia akan memberi kesan kepada mata anda apabila terlalu dekat disebabkan gelombang dan gambar yang terlalu terang di dalam bilik yang gelap. Jika ianya mengambil masa 2-4 jam tidak mengapa, tetapi jika kita melihat dalam keadaan yang gelap selama lebih 10 jam hari-hari ia agak menjejaskan mata anda. Jaga keadaan kesihatan pancaindera anda kerana ianya akan digunakan  mungkin lebih dari 60 tahun- 100++.





CARA ANDA MENJALANI AKTIVITI SEHARIAN MEMPENGARUHI KESIHATAN ANDA.