SELURUH BLOG KESIHATAN

get this

Saya siarkan iklan Nuffnang.

Tuesday, February 22, 2011

10 perkara untuk elak bertemu doktor.

Untuk yang tersayang.


1)Makan epal sehari dapat menjauhi doktor ini kerana epal baik untuk jantung.


2)Minum susu dapat menguatkan tulang serta petumbuhan badan, juga memberi vitamin.


3)Ambil madu 2 sudu sehari dapat memberi kita tenaga serta madu kaya dengan vitamin.


4)Makan sayur memberikan kulit anda cantik serta mempunyai vitamin E.


5)Bersenam akan membantu anda memecahkan lemak serta ia akan membantu otot-otot anda berfungsi dengan baik.


6)Kurangkan mengambil gula dan minum terlalu banyak minuman berkarbonat berlebihan kerana ia akan mendatangkan penyakit seperti kencing manis dan batu karang akan terjadi jika gula terkumpul dan membentuk batu karang. Kesannya yang ketara apabila anda membuang air kecil. Satu sudu cukup untuk secawan.


7)Makanlah buah-buahan berkhasiat seperti pisang, strawberi, buah zaitun dan anggur. Tindak balas terhadap tubuh badan adalah sangat baik kerana mempunyai vitamin yang tinggi dan memberikan anda tenaga.


8)Kurangkan memakan hati haiwan kerana anda akan jadi pelupa jika mengamalkan pemakanan ini semasa muda tetapi bagi yang mendapat penyakit kekurangan darah atau kanser darah dimana darah anda akan berkurangan apabila kanser itu "memakan" darah, untuk memberikan anda sihat mungkin hati adalah makanan yang dapat menambahkan darah kepada tubuh badan jika anda memakan hati. Jika anda mempunyai  penyakit kanser darah bertemulah doktor untuk mengubatinya.


9)Banyakkan baca buku, selain memberi manfaat anda dapat banyak ilmu. Belajar lebih dari 3 atau 4 bahasa adalah bagus untuk mebuatkan ingatan menjadi kuat walaupun umur meningkat ke 60-an. Berbanding yang hanya tahu 1 bahasa ingatan menjadi lemah  kerana kurang membaca buku dan pelajari ilmu.


10)Makan kismis, madu, dapat menguatkan ingatan dan ini terbukti berkesan. Bagi orang islam membaca al-quran dapat menguatkan ingatan serta memberi ilmu dan ada menceritakan kebaikan seperti buah tin, zaitun, kurma, dan banyak lagi tentang membentuk cara hidup yang sihat.


p/s: Walaupun anda ada 10 perkara yang dielak dari doktor tetapi anda harus berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda, serta memeriksa darah dari najis dadah atau bagi mereka yang hendak berkahwin. Sebarang pendapat dari anda bolehlah dikongsi bersama dengan memberi komen di bawah ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

taip komen dan idea anda, ingat tinggalkan url blog anda, senang nak view your blog/ web, thanks, terima kasih!