SELURUH BLOG KESIHATAN

get this

Saya siarkan iklan Nuffnang.

Thursday, September 1, 2011

6 Things you must do antaranya gelak, tertawa adalah ubat kepada tekanan

Untuk yang tersayang.

Berapa bulan?

Seorang wanita sarat hamil pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang sudah tertunggak selama 5 bulan. Apabila tiba gilirannya di kaunter, pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayar.

Wanita hamil: Selamat pagi Encik.

Pegawai: Ya, selamat pagi. Hmm, berapa bulan ni?

Wanita hamil: Lpan bulan dah (DEngan mengusap perutnya)

Pegawai: Bira betul. Kenapa lama sangat ni??

Wanita hamil" Yang Encik sibuk hal saya apasal? Suka hati sayalah nak mengandung dulu ke, dah suami saya yang nak anak!

Pegawai:Wh, eh..Puan ni nak mengamuk tak tentu pasal ni kenapa? Maksud sayatadi, dah berapa bulan Puan tak bayar duit sewa rumah, bukannya pasal kandungan Puan tu..!!

Thursday, August 11, 2011

Jantung anda sihat..

Untuk yang tersayang. Jantung yang sihat dimulai dengan nafas. Pisang bagus untuk jantung dan memberi kesan yang baik kepada perut dan sistem badan, kebaikkan makan pisang adalah perut dapat mencernakan makanan dan ianya bagus untuk kulit yang cantik selain memakan ikan. 

Friday, July 22, 2011

Katakan ya kepada tubuh

Untuk yang tersayang. Janganlah merokok.
Rokok penyebab penyakit gangren, apa itu gangren, gangren ialah penyebab kanser mulut , bagaimana ia berlaku?

Seorang perokok sedang merokok , kawan lain datang menghisap rokok dari perokokpertama tadi , dan pada sebatang rokok tadi basah di mana air liur perokok terkena span , akhirnya rokok tadi menjadi punca gangren.

Tuesday, May 17, 2011

Demam panas boleh menyebabkan pesakit menjadi tidak normal.

Bayi adalah waktu yang sesuai untuk mendidik anak-anak dan ia akan cepat belajar dari usia ini sehingga peringkat remaja. Kanak-kanak sememangnya lasak dan aktif di peringkat bayi hingga remaja. Awas jika anak anda menghidap penyakit demam panas segeralah ke hospital sebelum terlambat. Ada kes dimana seorang bayi yang dilahirkan normal menjadi tidak normal ketika berusia 4 tahun setelah terkena demam panas. Ini berlaku apabila kuman menyerang sistem saraf dan menganggu otak untuk berfungsi seperti kanak-kanak yang normal.


Jangan memandang ringan terhadap penyakit yang dihidapi bayi, ambil berat tentang kesihatan keluarga. Terima kasih kerana sudi membaca, sekadar info kesihatan untuk dikongsi bersama berdasarkan pengalaman saya.


Monday, May 2, 2011

Jarakkan diri dari makanan ringan

Makanan ringan kini menjadi kegemaran untuk hampir kepada semua golongan, dari ke budak sehingga pak kasim. Makanan ringan kebanyaknnya sedap dan boleh dikunyah tanpa rasa meloyakan atau bau yang amat busuk sekali. Masa kecil dulu saya pon suka sangat beli jajan 20 sen di tepi jalan dan selekoh maut.




Pengalaman saya,
Kini bila dah membesar saya kurang makan jajan sehingga sekarang, last saya mencekik jajan ketika tingkatan 4, selepas itu memang tidak pernah pula tercekik jajan. Puncanya saya ada asma, iaitu penyakit batuk dan bila kunyah keropok atau benda yang digelar istimewa iaitu jajan nihh, mulalah batuk yang melarat, dan menyebabkan saya keluar-masuk klinik dan sekali-sekala di masukkan ke hospital kerana menghidapi asma yang serius, bukan senang nak sembuh penyakit asma nihh, tapi sebenarnya cara untuk sihat 90% yakin ada.


Cara mengatasi penyakit,
 Caranya elakkan makan jajan, makanan segera, minum ais, minuman sejuk, menghisap rokok, hisap gula-gula yang berlebihan pon harus dikurangkan.







Keberkesanannya boleh dilihat dalam masa seminggu, jika tiada perubahan, pergi jumpa doktor untuk memeriksa tahap kesihatan jantung dan makanan yang dilarang makan oleh pesakit yang menghidap asma yang serius atau sederhana serius. Jika boleh elakkan dari merawat penyakit, cuba kawal sebelum merebak seperti saya yang tidak boleh mengawal sakit saya di hospital dulu ketika menghidap penyakit asma yang kritikal, hoho selamat dah besar nihh, kesihatan bertambah baik dan jarang jatuh sakit yang teruk-teruk, terima kasih Allah s.w.t.

Setiap penyakit boleh dirawat kecuali mati, jika penyakit tersebut adalah baru ianya kelamaan akan dapat dirawat selepas melakukan kajian untuk merawat, semoga anda sihat selalu, love u all, terima kasih kerana sudi membaca, anda memang gemar membaca, orang yang berjaya adalah insan yang berilmu, datangnya dari pengalaman dan ilmu yang dikongsi atau berkongsi. Sekian, sila berikan komen, tidak perlu malu, free je komen tak kena bayar pon, it is free.


p/s: Kekadang makanan ringan nihh ada campuran pewarna yang membenarkan memberi kesan alah dan perisa pedas, garam berlebihan dan pelbagai hadiah menarik untuk anda. Dulu-dulu orang tua kita makan ubi keledek-muka cantik   makan sayuran, belimbing besi- badan sihat dan kuat,   kerja  keras  masa  lapang  angkat  kayu  bertukang ,             sekarang-sekarang makan jajan, sayuran emhh kurangkan, mamak maggi satu sayur x mau,   masa lapang- ps3 x box , duk uma tgk tv,   jogging .....emhh



Thursday, April 14, 2011

Monday, April 11, 2011

Nak kurus? Ingin nampak cantik? Cara berkesan mengatasinya..



Berat badan mungkin merunsingkan anda untuk berhadapan dengan pasangan atau kawan anda. Kini saya ada teknik berkesan mengikut kajian saya selama 2 tahun, berikut ialah caranya:


1.Kurangkan makan nasi dengan berlebihan, jika dulu 5 senduk, ubah kepada satu senduk untuk satu hari, tukarkan nasi kepada buah-buahan seperti epal hijau, tambahan cuba makan keledek untuk mengekalkan kecantikan wajah yang muda dan cantik ini kerana keledek kaya dengan vitamin A, tapi ingat selalulah bersenam kerana keledek dapat meningkatkan berat badan.


2.Minum air adalah penting untuk mengimbangi bendalir badan, air buah-buahan juga membantu memberikan badan anda kurus selain mempunyai vitamin C, seperti oren, epal hijau, dan beberapa buah seperti limau nipis juaga dapat membakar lemak selepas makan. Isilah perut dengan makanan sebelum minum air limau kerana ini akan menyebabkan gastrik jika diminum sebelum makan. Makan lobak merah dapat mencantikkan kelopak mata anda serta memberikan mata yang sihat.


3.Makan buah-buahan sebelum makan dapat menghadamkan makanan yang dimakan. Amalan ini juga boleh menguruskan badan. Makan ikan dapat menguruskan badan, anda suka makan ikan, ya cubalah tukarkan menu makanan dari bahan seperti ayam kepada ikan, ianya amat berkesan dalam diet.


4.Makan oat membantu anda kurus, oat juga bagus untuk kesihatan jantung anda, oat dapat menghadamkan makanan dengan baik. Sarapan pagi dengan oat akan buat perut terasa kenyang. Oat adalah antara sarapan yang terbaik. Air halia baik untuk buang angin serta memanaskan tubuh badan, ianya juga berupaya membakar lemak.


5.Nak lagi kurus, fuhh , jangan makan nasi, ayam ganti dengan tauhu, makan ikan, minum air limau kasturi lepas makan, banyak minum air putih, berat badan anda bahagi dengan 28 peratus bersamaan dengan jumlah air yang perlu diminum. Bersenam mengikut kemampuan anda, banyakkan berjalan atau berlari perlahan selama 20 minit setiap hari. Ambil madu untuk memberi anda tenaga, madu kaya dengan pelbagai vitamin. Minum kopi juga boleh membakar lemak tetapi kawal kadar pengambilan kopi. Anda boleh kurangkan makanan dari kadar biasa tetapi kekalkan kuantiti air yang biasa diambil.


Sebarang tambahan, terbaik sekali jika berikan komen selepas membaca. Terima kasih anda bijak!

Friday, April 8, 2011

Elakkan penyakit dengan mengemas rumah!





Rumah anda adalah taman anda, tempat istirehat, tempat untuk tidur, dan tempat anda tinggal. Rumah haruslah selalu dikemas dan pastikan rumah anda bersih serta jadikan rumah anda ibarat sahabat baik kepada anda. Untuk itu anda pastikan rumah anda tidak berdebu dan pada peringkat yang sangat rendah. Kebersihan adalah diutamakan kerana ianya menyumbang faktor yang besar terhadap kesihatan. Contohnya jika anda kurang membasuh muka dan kerap memegang benda di sekeliling anda, selepas itu tangan kurang dicuci, muka kelihatan berjerawat, kotor, berminyak, nampak terlalu ketara pada wajah sahaja, ini bermakna kebersihan di tahap itu.


Jika ingin melihat kebersihan seseorang lihatlah di wajahnya, dan jika itu sahabat anda lihatlahpada rumahnya. Kebersihan adalah salah satu asas untuk menghalang penyakit. Selebihnya bergantung pada makanan dan rutin harian. Jika keadaan sekeliling kotor, contohnya keadaan luar rumah berdebu, asap kenderaan, pencemaran udara, bau yang kurang menyenangkan, ini akan mengakibatkan kesihatan anda terjejas. Puncanya apabila udara yang kotor  tadi kena pada kulit anda, bau yang busuk tadi memeningkan anda dan asap mempunyai bahan kimia, ini akan menyumbangkan pada kerosakan kulit.


Keadaan sekeliling juga memberi pengaruh besar, radiasi nuklear boleh membunuh, itu yang terjadi di negara Jepun apabila mereka dilanda tsunami. Asap kilang yang beracun, yang apabila tidak ditapis atau pencemaran melalui air, air kotor atau bahan kimia yang memudaratkan dari kilang membuatkan pengguna dari sungai atau kawasan tersebut boleh mendapat penyakit. Apabila hujan asap tadi telah bertukar menjadi hujan asid, ini menyebabkan penyakit kulit yang serius dan membimbangkan.


Di Brazil seorang remaja menghidapi suatu penyakit dimana apabila ia menangis kelopak matanya akan pedih dan berasid, ini kerana 4 tahun lepas suatu kemalangan yang melibatkan lori yang membawa bahan radioaktif dengan lori yang membawa petrol, berlanggar manakala remaja terbabit berada jalan yang bertentangan dengan kejadian tersebut, dan basnya meneruskan rutin perjalanan seperti biasa, menghantar pelajar pulang dari sekolah.


Namun beberapa bulan selepas kejadian tersebut, implikasi terhadap bahan radioaktif itu mula terjadi dan kesannya mula dirasai, kulit dan beberapa penyakit lain yang terpaksa menanggung derita. Pengajarannya ialah cuba elakkan dari sesuatu yang berbahaya dan ambil tindakan sebelum terlewat, sesuatu yang tidak disangka mungkin berlaku namun adalah baik jika boleh mencegahnya.

Tuesday, March 29, 2011

Kanser membunuh. Wanita berisiko tinggi.






Untuk yang tersayang. Jagalah kesihatan anda, untuk sihat dan merasa lebih baik daripada sebarang penyakit yang berisiko tinggi. Kanser adalah penyakit berbahaya di dunia. Ia adalah antara senarai 10 penyakit yang membawa maut. Mencegah adalah berkesan dalam menangani masalah kanser. Contohnya seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri juga berupaya menghidap penyakit kanser.


Wanita adalah golongan yang berisiko menghidap kanser payudara berbanding lelaki. Itu tidak bermakna ia tidak boleh mendatangkan kanser payudara kepada lelaki, tetapi amat jarang dan hanya 1/2% sahaja dari berjuta orang dan itu adalah kemungkinan. Bagi pesakit lelaki implikasinya adalah lebih teruk. Wanita pula ramai yang menghidapi kanser payudara dan mencatatkan kematian yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.


Faktor-faktornya adalah seperti memakai pakaian dalam terlalu lama dan jarang tukar sehingga seharian memakai pakaian. Minyak wangi/ deodorant juga boleh mendatangkan kesan tetapi kadar peratus adalah rendah. Juga punca lain seperti kurang mandi, tidak menjaga kebersihan diri dan jarang ambil berat tentang kebersihan diri. Serta merokok di kalangan wanita juga berbahaya kepada kandungan dan berisiko mendapat penyakit kanser.


Mencegah dan rawatan.
Anda boleh mengenal pasti penyakit kanser ini dengan melihat sekitar payudara, jika tiada bonjolan atau sebarang ketulan sekitarnya, anda selamat dari penyakit ini. Jika didapati mempunyai bonjolan sekitar puting payudara anda mungkin menghidapi kanser, jika anada merasa sakit atau bisa di bahagian tersebut.Kebiasaan sukar untuk mengenal pasti penyakit ini, dengan cara ini adalah salah satu cara untuk mengesan kanser. Bagi  pengesahan atau pencegahan, segeralah merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan. Lebih baik mencegah dari merawat.

Thursday, March 24, 2011

Cermin mata dan penggunaannya.

Cermin mata kebanyakannya mempunyai kualiti serta berbeza harganya mengikut kanta. Banyak kedai cermin mata menjual contact lens dan mempunyai pelbagai warna serta corak.



Sekarang contact lens boleh didapati dimana saja pusat membeli belah di kedai cermin mata. Contact lens juga mempunyai kuasa seperti cermin mata di mana ada power serta berfungsi seperti cermin mata. Beza dengan cermin mata contact lens agak cantik tanpa memakai cermin mata. Ianya lebih cantik apabila mempunyai pelbagai warna.

Keburukannya adalah kerap dicuci dan dibuka semasa ingin tidur malam kerana ianya tidak boleh dipakai ketika tidur, takut termasuk ke dalam mata. Ianya juaga jika kurang dibasuh boleh mendatangkan penyakit seperti kerosakan sistem saraf.