SELURUH BLOG KESIHATAN

get this

Saya siarkan iklan Nuffnang.

Thursday, April 14, 2011

Untuk yang tersayang.

Monday, April 11, 2011

Nak kurus? Ingin nampak cantik? Cara berkesan mengatasinya..



Berat badan mungkin merunsingkan anda untuk berhadapan dengan pasangan atau kawan anda. Kini saya ada teknik berkesan mengikut kajian saya selama 2 tahun, berikut ialah caranya:


1.Kurangkan makan nasi dengan berlebihan, jika dulu 5 senduk, ubah kepada satu senduk untuk satu hari, tukarkan nasi kepada buah-buahan seperti epal hijau, tambahan cuba makan keledek untuk mengekalkan kecantikan wajah yang muda dan cantik ini kerana keledek kaya dengan vitamin A, tapi ingat selalulah bersenam kerana keledek dapat meningkatkan berat badan.


2.Minum air adalah penting untuk mengimbangi bendalir badan, air buah-buahan juga membantu memberikan badan anda kurus selain mempunyai vitamin C, seperti oren, epal hijau, dan beberapa buah seperti limau nipis juaga dapat membakar lemak selepas makan. Isilah perut dengan makanan sebelum minum air limau kerana ini akan menyebabkan gastrik jika diminum sebelum makan. Makan lobak merah dapat mencantikkan kelopak mata anda serta memberikan mata yang sihat.


3.Makan buah-buahan sebelum makan dapat menghadamkan makanan yang dimakan. Amalan ini juga boleh menguruskan badan. Makan ikan dapat menguruskan badan, anda suka makan ikan, ya cubalah tukarkan menu makanan dari bahan seperti ayam kepada ikan, ianya amat berkesan dalam diet.


4.Makan oat membantu anda kurus, oat juga bagus untuk kesihatan jantung anda, oat dapat menghadamkan makanan dengan baik. Sarapan pagi dengan oat akan buat perut terasa kenyang. Oat adalah antara sarapan yang terbaik. Air halia baik untuk buang angin serta memanaskan tubuh badan, ianya juga berupaya membakar lemak.


5.Nak lagi kurus, fuhh , jangan makan nasi, ayam ganti dengan tauhu, makan ikan, minum air limau kasturi lepas makan, banyak minum air putih, berat badan anda bahagi dengan 28 peratus bersamaan dengan jumlah air yang perlu diminum. Bersenam mengikut kemampuan anda, banyakkan berjalan atau berlari perlahan selama 20 minit setiap hari. Ambil madu untuk memberi anda tenaga, madu kaya dengan pelbagai vitamin. Minum kopi juga boleh membakar lemak tetapi kawal kadar pengambilan kopi. Anda boleh kurangkan makanan dari kadar biasa tetapi kekalkan kuantiti air yang biasa diambil.


Sebarang tambahan, terbaik sekali jika berikan komen selepas membaca. Terima kasih anda bijak!

Friday, April 8, 2011

Elakkan penyakit dengan mengemas rumah!





Rumah anda adalah taman anda, tempat istirehat, tempat untuk tidur, dan tempat anda tinggal. Rumah haruslah selalu dikemas dan pastikan rumah anda bersih serta jadikan rumah anda ibarat sahabat baik kepada anda. Untuk itu anda pastikan rumah anda tidak berdebu dan pada peringkat yang sangat rendah. Kebersihan adalah diutamakan kerana ianya menyumbang faktor yang besar terhadap kesihatan. Contohnya jika anda kurang membasuh muka dan kerap memegang benda di sekeliling anda, selepas itu tangan kurang dicuci, muka kelihatan berjerawat, kotor, berminyak, nampak terlalu ketara pada wajah sahaja, ini bermakna kebersihan di tahap itu.


Jika ingin melihat kebersihan seseorang lihatlah di wajahnya, dan jika itu sahabat anda lihatlahpada rumahnya. Kebersihan adalah salah satu asas untuk menghalang penyakit. Selebihnya bergantung pada makanan dan rutin harian. Jika keadaan sekeliling kotor, contohnya keadaan luar rumah berdebu, asap kenderaan, pencemaran udara, bau yang kurang menyenangkan, ini akan mengakibatkan kesihatan anda terjejas. Puncanya apabila udara yang kotor  tadi kena pada kulit anda, bau yang busuk tadi memeningkan anda dan asap mempunyai bahan kimia, ini akan menyumbangkan pada kerosakan kulit.


Keadaan sekeliling juga memberi pengaruh besar, radiasi nuklear boleh membunuh, itu yang terjadi di negara Jepun apabila mereka dilanda tsunami. Asap kilang yang beracun, yang apabila tidak ditapis atau pencemaran melalui air, air kotor atau bahan kimia yang memudaratkan dari kilang membuatkan pengguna dari sungai atau kawasan tersebut boleh mendapat penyakit. Apabila hujan asap tadi telah bertukar menjadi hujan asid, ini menyebabkan penyakit kulit yang serius dan membimbangkan.


Di Brazil seorang remaja menghidapi suatu penyakit dimana apabila ia menangis kelopak matanya akan pedih dan berasid, ini kerana 4 tahun lepas suatu kemalangan yang melibatkan lori yang membawa bahan radioaktif dengan lori yang membawa petrol, berlanggar manakala remaja terbabit berada jalan yang bertentangan dengan kejadian tersebut, dan basnya meneruskan rutin perjalanan seperti biasa, menghantar pelajar pulang dari sekolah.


Namun beberapa bulan selepas kejadian tersebut, implikasi terhadap bahan radioaktif itu mula terjadi dan kesannya mula dirasai, kulit dan beberapa penyakit lain yang terpaksa menanggung derita. Pengajarannya ialah cuba elakkan dari sesuatu yang berbahaya dan ambil tindakan sebelum terlewat, sesuatu yang tidak disangka mungkin berlaku namun adalah baik jika boleh mencegahnya.